
Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
“الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا، وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ”
“Orang yang bijaksana ialah orang yang menghisab (muhasabah) dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya, kemudian berangan-angan (syurga) daripada Allah.” (HR Ibnu Majah, No. 4259)
Bagaimana kita bersedia? Bagaimana kita pastikan setiap hari yang Allah pinjamkan ini ada nilai untuk akhirat?
Mungkin ini waktu untuk kita berhenti kejap, cek balik hidup kita. Apa yang belum selesai? Apa yang kita boleh betulkan? Tak ada siapa yang tahu bila giliran kita, tapi sekurang-kurangnya biarlah kita bersedia untuk mati.
Semoga Allah kurniakan kita hati yang khusyuk dan sentiasa terpaut kepada-Nya, tubuh yang ringan melaksanakan ibadah dan kebajikan kerana-Nya; mudah-mudahan menjadi bekal untuk menempuh kematian dan perpindahan ke kehidupan yang kekal selamanya.
#Islamadalahpenyelesaian




















