Akhlak dan disiplin dalam berjamaah

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.

MUQADDIMAH

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah. Oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

AKHLAK BERJAMAAH

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. ILMU

Perjuangan Islam yang diwarisi dari Rasulullah SAW ditegakkan dengan hujjah yang terang dan jelas. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 108 :

Mafhumnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku (Islam), aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Ahli PAS mestilah menyedari latar belakang kepada penubuhan PAS yang disebut dengan terang dan jelas di dalam muqaddimah perlembagaan PAS iaitu :

“… demi menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma’ruf wan nahyu anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”

Ahli PAS wajib memahami dasar, tujuan, sumber hukum tertinggi PAS, manhaj, usaha-usaha, struktur organisasi, kekuasaan dan pendekatan semasa PAS agar penggabungan diri ke dalam

perjuangan jamaah PAS ini berdasarkan kefahaman dan kesedaran yang jelas berasaskan ilmu yang benar, bukan semangat semata-mata.

Untuk tujuan itu mereka mestilah menyediakan diri untuk mengikuti proses tarbiyah parti. Ahli PAS walau siapa pun mereka dan di peringkat mana pun wajib menghadiri usrah, tamrin, liqa’ dan apa-apa program tarbiyah yang termaktub di dalam Nizam Tarbiyah PAS. Ini bertujuan agar fikrah haraki ahli dapat diselaraskan. Ahli hendaklah dapat membezakan antara perkara usul dan furuk, dasar dan cabang, perkara yang thawabit (tetap) dan mutaghayyirat (boleh berubah) serta mengetahui keutamaan (aulawiyyat).

Di samping itu ahli hendaklah dari masa ke semasa meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam mereka semampu mungkin terutamanya ilmu fardhu ain dan berusaha memperkayakan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan ilmu-ilmu fardhu kifayah termasuk ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, pentadbiran dan kenegaraan semasa.

2. IKHLAS

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.

قاَلأَْعَراِب ٌّيللنب ِّي َصل َّىاللهُعلیھوسل ََّم:ال َّرُجُلُیَقاِتُللِْلَمْغَنِم،وال َّرُجُلُیَقاِتُللُِیْذَكَر،وُیَقاِتُللُِیَرىَمَكاُنُھ،َمنفيَسبیِل َِّالله؟َفقاَل:َمنَقاَتَل، .لَِتُكوَن َكلَِمُة َِّاللهھيالُعْلَیا، َفھوفي َسبیِل َِّالله

Mafhumnya : Seorang Arab badwi bertanya Rasulullah SAW : “Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah”. (HR Bukhari)

Pejuang Islam yang ikhlas tidak berganjak dan berubah dari tujuan dan matlamatnya walau ketika kalah atau menang, ketika susah atau senang, samaada sebagai kerajaan atau pembangkang, sebagai ahli biasa atau memegang jawatan pimpinan.

Pejuang Islam yang ikhlas sangat menjaga hatinya dari sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, riya’, ujub, sum’ah, hubbur ri’asah (cinta jawatan) dan hubbujjah (cinta kemegahan).

Firman Allah dalam surah Al-Bayyinah Ayat 5:

}َوَمۤاأُِمُرۤو۟اإ َّلالَِیۡعُبُدو۟اٱ َّ ُمۡخلِ ِصیَنَلُھٱل ِّدیَن ُحَنَفۤاَءَوُیِقیُمو۟اٱل َّصَلٰوَةَوُیۡؤُتو۟اٱل َّزَكٰوَۚةَوَذ ٰلَِكِدیُنٱۡلَق ِّیَمِة{ َِ

Mafhumnya: “Padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadah kepadaNya semata-mata, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”.

3. ISTIQAMAH

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah s.w.t berfirman kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya :

}َقاَلَقۡدأُِجیَبت َّدۡعَوُتُكَماَفٱۡسَتِقیَماَوَلاَت َّتِبَعۤا ِّن َسِبیَلٱل َِّذیَنَلاَیۡعَلُموَن{ [Surah Yûnus: 89]

Mafhumnya: Allah berfirman: “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)”.

Mafhumnya : Sufian bin Abdullah As-Tsaqafi melaporkan: “Saya berkata, wahai Rasulullah s.a.w, katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu”; Sabda Rasulullah: “Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah”. [HR Muslim]

Menjadi kewajipan ahli PAS untuk terus istiqamah dan thabat di atas dasar PAS iaitu Islam dan hukum tertinggi pegangan PAS iaitu Kitab Allah, Al-Quran dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulama’ dan Qiyas yang terang dan nyata.

Ahli PAS wajib terus beristiqamah di atas tujuan, usaha-usaha, tugas dan kewajiban yang digariskan di dalam perlembagaan PAS selagi tidak bercanggah dengan dasar dan hukum tertinggi. Jauhilah sebarang anasir yang boleh menggugurkan kita dari jalan perjuangan seperti melakukan maksiat, isti’jal, ghuluw, lengah, malas, beralasan, leka dan sebagainya.

4. TAAT

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai (thiqah) di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan, menyatakan pengorbanan yang sebenar serta memberi perhatian kepada perjuangan dan para pengikutnya. Taat dan thiqah adalah elemen di dalam al-wala’ (kesetiaan). Anggota yang setia (wala’) pasti akan menghasilkan kepercayaan (thiqah) dan kepatuhan (taat). Namun, anggota yang taat pada zahirnya belum tentu ia wala’. Sebab itulah wala’ menjadi prasyarat jundullah yang sangat penting.

Ketaatan yang mutlak adalah kepada Allah dan Rasul, yakni Kitab dan Sunnah yang menjadi dasar dan sumber hukum tertinggi. Adapun taat kepada pemimpin adalah ketaatan yang muqayyad (berkait atau bersyarat) iaitu selagi mana pemimpin tidak mengarah kepada perkara yang bercanggah dengan Allah dan Rasul.

Firman Allah dalam Surah An Nisa’ Ayat 59 :

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Rasulullah SAW telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah.Di antaranya ialah“Baitul ‘Aqabah” yang terkenal sebelum melakukan hijrah. Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:

Mafhumnya : “Berbai’ahlah kepadaku atas kewajipan dengar dan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, dan hendaklah kalian menolongku jika aku datang kepada kalian, melindungi aku sebagaimana kalian melindungi diri kalian, isteri, dan anak-anak kalian, dan bagi kalian adalah syurga.” [Musnad Ahmad]

Ketaatan Yang Dituntut

(a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam kumpulan atau jamaah dalam jamaah yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan.

(b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah serta melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

(c) Ketaatan yang dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana. Maka kesemua kepelbagaian ini mestilah diurus dengan sifat ketaatan oleh ahli kepada keputusan pimpinan.

Kewajipan-Kewajipan Ahli

(a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.

(b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.

(c) Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan – perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.

(d) Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.

(e) Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.

(f) Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

5. DISIPLIN

Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 200 :َِِِ

Mafhumnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaranmu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.

Perkara yang dimaksudkan dengan disiplin adalah sebagaimana berikut:

(1) Tatatertib dan kelakuan diri.
(2) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. (3) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
(4) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

PAS telah menetapkan tatatertib di dalam perlembagaannya secara tegas. Semua ahli-ahli PAS hendaklah :

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS. (b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh. (e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.

(f) Mengamal akhlak Islam.

(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

PENUTUP

Demikianlah beberapa akhlak dan disiplin berjamaah yang wajib diberi perhatian oleh para anggota perjuangan Islam. Di sana ada beberapa lagi akhlak atau adab berjamaah seperti al-wala’, jihad, pengorbanan, ukhuwwah dan sebagainya namun tidak disertakan kerana ada dibincangkan secara panjang lebar di dalam kertas kerja yang lain.

Related Blog

Leave a CommentYour email address will not be published.