Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.
PENDAHULUAN
Perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dipenuhi dengan jihad, dari melawan hawa nafsu, berdakwah dan bermacam-macam lagi termasuklah qital (berperang). Semua itu telah dilakukan dengan penuh semangat dedikasi dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu, terpapar di hadapan kita hari ini dalam sejarah Islam betapa mulia dan gagah serta bersemangatnya mereka memperjuangkan Islam. Mereka telah menempuh segala cabaran dan rintangan sehinggalah bukan setakat Semenanjung Arab yang tunduk di bawah kekuasaan Islam, malahan kuasa-kuasa besar pada zaman itu seperti Rom dan Parsi tersungkur. Keberanian dan keunggulan mereka di medan jihad menjadi sebutan orang sehingga kini.
TAKRIF JIHAD
Jihad dari segi bahasanya mamberi maksud, memerangi musuh dengan mencurahkan segala daya dan kesungguhan dalam bentuk perkataan mahupun amalan. Ia boleh dikaitkan dengan perkataan ‘al-jahd’ dengan maksud kesukaran yang amat sangat; dan perkataan ‘al-juhd’ yang bermaksud usaha dan tenaga.
Dari segi syarak, jihad ialah apabila seorang muslim mencurahkan seluruh tenaga dan kesungguhannya dalam usaha untuk memenangkan Islam bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Oleh sebab itulah digabungkan kalimah jihad dalam Islam dengan ‘fi sabilillah’ yang bertujuan untuk mensabitkan bahawa jihad yang dimaksudkan adalah jihad yang syar‘ie. Firman Allah SWT dalam menjelaskan perkara ini adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut…”.
Dari definifi ini lahirlah takrif-takrif golongan salaf berkenaan dengan jihad antaranya:
- Ibnu Abbas r.a. berkata: “Jihad ialah mencurahkan sepenuh tenaga pada jalan Allah dan tidak takut pada celaan orang yang mencela”.
- Ibnu Muqatil berkata makna jihad ialah: “Beramal kerana Allah dengan sebenar- benar amalan dan menyembah Allah dengan sebenar-benar sembahan”.
- Ibnu Mubarak berkata: “Iaitu mujahadah nafsu dan hawa”.
- Dr. Said Ramadhan Al-Buti berkata: Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuannya pula adalah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk ‘Daulah Islamiyyah )Negara Islam) yang sebenar’.
Dari pentakrifkan di atas jelaslah bahawa jihad itu sendiri mempunyai makna khas dan makna am. Adapun maknanya yang khas ialah berperang pada jalan Allah dan maknanya yang am ialah kehidupan kita untuk memperjuangkan agama Allah dari awal hingga akhirnya adalah merupakan jihad.
TUJUAN DAN MATLAMAT JIHAD
Tujuan dan matlamat jihad ialah semata-matauntuk menjadikan agama Allah SWT mulia dan supaya ajaran Islam, cara hidup Islam dan perundangan Islam dapat dimartabatkan. Firman Allah :
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. ( Al-Baqarah: Ayat 193 )
Imam Al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:
من قاتل لتكو َن كلمةُ ِالله هي العليا فهو في سبي ِل ِالله
Sesiapa yang berjihad untuk menjadikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi maka dia telah berjihad di jalan Allah.
Dalil di atas membuktukan bahawa jihad dalam Islam adalah semata-mata menjaga kesucian agama daripada diceroboh dan memastikn hukum-hukumnya dapat dilaksanakan demi kesejahteraan dan keselamatan manusia di dunia dan di akhirat
PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS JIHAD
Jihad itu sendiri mempunyai marhalah-marhalah serta pusingan yang tertentu. Imam Ibnu Al-Qayyim ketika memperkatakan tentang marhalah-marhalah ini memulakannya dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad untuk beramal dengan apa yang telah diketahui, seterusnya jihad bersabar di atas kekurangan pada marhalah-marhalah ini.
Al-Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya ‘Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan’ telah membahagikan jihad kepada lima jenis:
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima
: Jihad dengan lisan
: Jihad dengan pengajaran (ta’limi) : Jihad dengan tangan dan jiwa raga : Jihad siasah (politik)
: Jihad harta
Dasar bagi kelima-lima jihad ini adalah seperti berikut: 1) Sabda Rasulullah SAW :
َجاِهُدواالُْم ْشِركِ َين ِبَِْمَوالُِكْم َوأَنُْفِسُكْم َوأَلِْسنَتُِكْم
Maksudnya: “Berjihadlah menentang orang-orang Musyrikin dengan harta, diri dan lidah kamu”. (Al-Darami)
Hadis ini menyebut ketiga-tiga jenis jihad di atas sekaligus. 2) Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan sesuatu yang benar di hadapan raja yang zalim”. (HR Ibnu Majah & Al-Tirmizi- Hassan Gharib)
Jihad yang disebut oleh hadis ini ialah jihad politik, sebab ianya bertujuan untuk menjadikan sistem pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan paling adil.
3) Firman Allah SWT :
Tidak sepatutnya bagi orang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi (nafara) dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untukmendalami agama seterusnya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepada mereka, moga-moga mereka mendapat peringatan
Ayat ini mengungkap kalimah ‘’nafara” kepada tindakan menuntut ilmu dan mengajarnya. Sedangkan kalimah ini pada kebiasaannya digunakan untuk jihad.
Jadi ketiga-tiga nas ini adalah menyatakan kelima-lima jenis jihad yang disebutkan. Dalam pembahagian jenis-jenis jihad ini, Al-Imam Hassan Al-Banna ada menyebut:
“Jihad yang saya maksudkan di sini ialah: Satu kewajipan yang berterusan hingga ke hari kiamat, seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang mati sedang beliau tidak pernah berperang (berjihad) dan tidak pernah berniat untuk berperang, maka beliau mati sebagai mati seorang jahiliah”.
“Peringkat jihad yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan peringkat yang paling tinggi ialah berjihad di jalan Allah. Di antara kedua-dua peringkat jihad itu terdapat jihad lisan, tulisan, tangan dan menyatakan yang hak (benar) kepada pemerintah yang zalim…..”.
HUKUM BERJIHAD PADA JALAN ALLAH
Islamnya seorang Muslim tidak hanya terhenti kepada hanya menyembah Allah SWT dengan bersolat atau berpuasa atau berdoa dan bertasbih di waktu pagi dan petang, juga masih tidak dikira cukup dengan hanya ia mengeluarkan sebahagian daripada hartanya sebagai zakat kepada fakir miskin.
Bahkan ia sememangnya tidak akan mencukupi selagi mana di atas muka bumi ini terdapat kebatilan dan kefasadan yang menguasai kebenaran. Jihad adalah menjadi fardu ‘ain untuk melawan kebatilan. Ini jelas berdasarkan kepada arahan Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang meletakkan taraf jihad sama dengan kewajipan solat, puasa dan zakat.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, rukuk dan sujudlah serta beribadatlah kepada tuhan kamu dan perbuatlah amalan baik, semoga kamu beroleh kejayaan dan berjihadlah pada jalan Allah…..”
Menurut As-Syeikh Fathi Yakan, beramal untuk Islam dalam usaha untuk membentuk peribadi yang berakidah dan berakhlak, mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan cara hidup Islam, untuk mewujudkan sebuah daulah yang melaksanakan syariat dan perlembagaan Islam adalah suatu kewajipan yang syar‘ie.
Selagi kekuasaan ini tidak wujud, segala kecuaian dari mereka yang beramal atau kelalaian dari mereka yang berdiam diri adalah merupakan satu dosa di sisi syariat.
Ia juga menjadi fardu ‘ain untuk mempertahankan negara Islam atau mengembalikan apa yang telah hilang dari negara Islam. Oleh sebab itu tidak hairanlah terdapat sebahagian ulama meletakkan jihad di tempat yang keenam daripada rukun Islam yang lima. Akan tetapi jihad pula menjadi fardu kifayah sekiranya telah ada negara Islam dan berlakunya pembukaan wilayah Islam yang baru. Dengan erti kata lain, keluar berjihad untuk menyebarluaskan pengaruh dan empayar Islam.
AKIBAT JIHAD DIABAIKAN
Meninggalkan jihad menyebabkan kebinasaan, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Taubah:
“ Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang pedih dan ditukarkannya (kamu) dengan kaum yang lain…..”
(Al-Taubah: Ayat 39)
Ibnu Al-Arabi berkata tentang ayat tersebut: “Bahawa ayat ini merupakan ancaman yang keras terhadap mereka yang tidak mahu berangkat untuk berperang berhadapan dengan orang-orang kafir agar agama Allah itu lebih tinggi. Adapun jenis-jenis azab seksa menurut Ibnu Al-Arabi ialah dikuasai oleh musuh di dunia ini dan diazab dalam neraka di akhirat nanti”.
Kenyataan sejarah pada masa lampau mahupun sekarang ini cukup memperkuatkan apa yang dikatakan oleh Ibnu Al-Arabi tentang apa yang menimpa kaum Muslimin sehingga mereka hina dan dijajah oleh orang kafir, kerana mereka meninggalkan jihad.
Dan Nabi Musa berkata: “Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” ( Ibrahim : Ayat 8 )
PENGORBANAN YANG DITUNTUT
Setiap orang yang meredhai Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap orang yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja untuk Islam dan berjihad untuk Islam dituntut darinya kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mestilah jelas dengan sejelas-jelasnya di hadapan seorang muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakannya bagi perngorbanan tersebut. Jadi, apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?
Al-Imam Asy-Syahid telah menjelaskan maksud pengorbanan dengan katanya:
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”.
Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari setiap muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)
Apabila Abu Ad-Dahdah mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga.
Abu Bakar r.a telah mengorban dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”.
Suhaib Al-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya
ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah dalan Surah Al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud:
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“.
Rasulullah SAW menyambutnya seraya bersabda: “Beruntunglah perniagaan kamu wahai Suhaib.”
Mus’ab bin Umayr pemuda yang kaya lagi manja mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda dari bukti-bukti jihad kepada syabab muslim pada setiap zaman.
Begitu juga para Sahabiyyat yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lainnya. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.
TIDAK ADA JIHAD TANPA PENGORBANAN
Inilah hakikat yang mesti disedari dengan jelas dan nyata. Dengan sebab itu Al- Imam Asy-Syahid telah memberitahu petunjuk jalan dan tuntutan-tuntutannya supaya setiap kita mempersiapkan diri.
Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah bermuhasabah diri. Bacalah kandungan kitab Allah sebaik-baiknya, perhatikan kepada sirah Rasulullah SAW dan lihatlah kepada sejarah. Sudah pasti dia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas dari matahari di siang hari iaitu: “Dakwah tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan.”
PENGORBANAN YANG DIBERI GANJARAN.
Di antara perkara yang menenangkan hati mukmin dan mendorongnya untuk berbelanja dan berkorban ialah beliau mengetahui bahawa apa yang dia lakukan tidak akan sia-sia bahkan akan dibalas dengan sebesar-besar balasan dan sebanyak-banyak pemberian dari Allah SWT FirmanNya:
Maksudnya: “Dan jika kamu mati atau dibunuh pada jalan Allah, tentunya keampunan dan rahmat Allah lebih baik (bagimu) dari harta rampasan yang mereka kumpulkan“.
(Surah Ali ‘Imraan: 157)
Setiap apa yang dibelanjakan oleh seseorang muslim akan diberi balasan sama ada ia kecil atau besar. Al-Imam Asy-Syahid telah mendatangkan firman Allah untuk menjelaskan makna ini:
Maksudnya: “Yang demikian itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula memijak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana terhadap musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan mereka tidak menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak pula yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan ditulis bagi mereka amal soleh juga, kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah At-Taubah: 120-121)
Setiap apa yang seseorang hulurkan dari menanggung kelaparan dan dahaga, kesakitan dan kepenatan, langkah-langkah yang diatur dengan sebab dakwah yang menimbulkan kemarahan kepada golongan kufur dan taghut dan setiap saham yang diberikan untuk memenangkan Islam sama ada sedikit atau banyak, kecil atau besar, Allah akan menjaminnya dan tidak akan dipersia-siakan. Setiap kebaikan akan dibayar dengan sepuluh kali ganda kepada tujuh ratus kali ganda dan berlipat ganda yang banyak.
Maka, tahniah kepada orang yang memberi pengorbanan dengan pemberian rabbani ini. Tahniah kepada mereka kerana mengecap kebahagiaan jiwa. Tahniah kepada mereka dengan apa yang sedang menanti mereka dari kemuliaan dan penghormatan akhirat.
DOSA MEREKA YANG TIDAK BERKORBAN
Sesungguhnya dakwah Allah adalah mahal. Sesiapa yang bekerja untuknya, dia akan dimuliakan kerana ketika itu beliau merasakan kewujudannya dan identitinya. Beliau akan menjadi seorang yang mempunyai mizan dan nilai, mencapai ketinggian dan kemuliaan serta mengecapi kemanisan ketenangan dan keselesaan.
Oleh itu rijal yang sebenar tidak dapat hidup tanpa dakwah. Begitu juga dakwah berhajat kepada rijal.
Oleh kerana dakwah tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan tidak ada jihad tanpa pengorbanan, maka mestilah ada pengorbanan dan diharamkan duduk dan bakhil. Orang yang tidak turut serta dan bakhil akan mendapat dosa.
Ini telah disebut oleh Al-Qur’an dalam firman Allah:
Maksudnya: “Katakanlah: Jika sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara- mara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut rugi dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu terlebih kasih di sisi kamu dari Allah, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan urusanNya, kerana Allah tidak akan memimpin kaum yang fasik“.
(Surah At-Taubah: 24)
FirmanNya lagi:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah kamu (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kenudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu“.
(Surah Muhammad: 38)
PENUTUP
Itulah pengorbanan yang dituntut dan inilah kedudukannya yang tinggi. Ia juga amat besar pahalanya dan berdosa orang meninggalkannya. Maka buatlah persediaan bagi tujuan itu. Jadikan dakwah lebih utama selalu. Jelmakan setiap sesuatu untuk dakwah dan lakukanlah setiap perkara kerana dakwah. Berkorbanlah pada jalanNya dengan diri-diri saudara, harta-harta saudara, masa-masa saudara, kerja-kerja saudara dan segala suatu, nescaya Allah akan memberkatinya.
Adapun tentang halangan-halangan dalam dakwah, perbicaraan mengenainya panjang kerana ia terlalu banyak. Halangan-halangan ini pasti akan mengganggu orang yang melaluinya untuk menghalangnya, melemahkan semangat dan keazamannya, mengganggu fikirannya dan memalingkannya dari jalan dakwah ini.
Setiap kita yang berjuang di medan dakwah berada dalam perniagaan yang menguntungkan dengan Allah. Modal dalam perniagaan itu ialah semua nikmat yang Allah kurniakan kepadanya, boleh ia mengorbankannya di medan dakwah seperti masa, ilmu, harta benda, kesihatan, tenaga dan semua perkara. Setiap muslim mestilah memastikan bahawa beliau tidak mensia-siakan sedikitpun dari masanya tanpa mengorbankan nikmat-nikmat tadi. Waktu itu adalah kehidupan dan kewajipan lebih banyak dari waktu. Lebih-lebih lagi perniagaan ini mungkin akan terhenti bila-bila masa apabila sampainya ajal.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu dengan kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu….”.(As-Saff: 10-11)




















